Resipi asal dari “kak lina” dan dikutip dari majalah Jelita era-90an…tak ingat bulan apa….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Tulip

Resipi asal dari “kak lina” dan dikutip dari majalah Jelita era-90an…tak ingat bulan apa….

BAHAN-BAHAN

  • 12 biji tauhu “pok”
  • 200 g keledek
  • 185 g ikan tuna dalam tin
  • 2 tangkai daun bawang, dihiris halus
  • 2 tangkai daun sup, dihiris halus
  • 1 biji bawang besar, cincang halus
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • 1 biji telur
  • 12 biji cili padi “merah” untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Ini lah rupa paras dan potongan body tauhu pok.
  • Ambil sebiji tauhu pok. Buat belahan diatasnya, kemudian potong belahan tadi kepala 6 bahagian..
  • Dengan berhati2, terbalikkan tauhu tadi dan kikis keluar isinya, asingkan untuk kegunaan kemudian. Buat hingga siap.
  • Bila isi dah dikeluarkan, nampak leer seperti sekuntum bunga….
  • INTI:-. Kupas keledek, rebus atau goreng hingga empuk, tumbuk hingga lumat dan campur dengan semua bahan diatas dan juga isi tauhu pok tadi. Gaul hingga rata dan tambah garam/lada sulah secukup rasa..
  • Ambil sebiji tauhu tadi dan isikan dgn inti (kurang lebih 1 1/2 camca teh). Kemaskan dan cucuk sebiji cili padi sebagai hiasan. Buat hingga siap..
  • Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Hidangkan panas bersama cili sos atau apa2 sos pilihan..
  • Kalau inti dia ada lebih, boleh digentel2, celup dalam telur dan goreng ala2 pegedel…..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN