Masakan tauhu lembik 1 Malaysia, masa membuat diambil selama 15 minit saja, dimasak sendiri oleh ibu saya.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tauhu Lembik 1 Malaysia
Masakan tauhu lembik 1 Malaysia, masa membuat diambil selama 15 minit saja, dimasak sendiri oleh ibu saya.
BAHAN-BAHAN
- 1 kotak tauhu lembik
- 2 susu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili (Thailand sos)
- 2-3 bawang putih ditumbuk
- 1 1/2 inci halia ditumbuk
- daun sop campur untuk hiasan
- bawang goreng untuk hiasan
- garam sedikit atau tanpa garam
- minyak masak 2 sudu besar
CARA PENYEDIAAN
- Terbalikkan kotak tauhu dan kukus selama 5 minit, cucuk kotak dengan jarum untuk keluarkan tauhu
- Tumiskan bawang putih dan halia sehingga kuning
- Masukkan sos tiram dan sos cili, tambah air sedikit, kacau hingga pekat
- Tauhu yang telah dikukus tadi, diasingkan ke mangkuk yang kering dan keluarkan dari kotaknya
- Siram sos yang telah dimasak tadi di atas tauhu
- Hiaskan daun sop campur dan bawang goreng
- Klik untuk isi cara-cara di sini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.