Bagaimana cara nak masak Tauhu Jepun Sos Tiram?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tauhu Jepun Sos Tiram
Bagaimana cara nak masak Tauhu Jepun Sos Tiram?
BAHAN-BAHAN
- 3 paket tauhu jepun
- 2 pokok sawi pak choy
- 3 ulas bawang putih (Dicencang halus)
- 1 cawan air
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 3 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tepung jagung
- ½ cawan air (Dibancuh bersama tepung jagung)
- 1 biji telur
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Potong 2 tauhu jepun.
- Celurkan sawi pak choy dan tuskan. Letakkan di atas pinggan.
- Panaskan minyak masak dan gorengkan tauhu sehingga garing. Angkat dan letakkan di atas pinggan berisi sawi pak choy tadi. Ketepikan.
- Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan air dan lada sulah. Masakkan sehingga mendidih.
- Masukkan bancuhan sos tiram dan tepung jagung. Kacau rata.
- Masukkan telur dan garam. Kacau rata supaya hancur.
- Tuangkan ke dalam pinggan yang berisi tauhu dan sawi pak choy. Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.