Bagaimana cara nak masak Tauhu Jepun Sos Tiram?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Jepun Sos Tiram

Bagaimana cara nak masak Tauhu Jepun Sos Tiram?

BAHAN-BAHAN

  • 3 paket tauhu jepun 
  • 2 pokok sawi pak choy 
  • 3 ulas bawang putih  (Dicencang halus) 
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah 
  • 3 sudu makan sos tiram            
  • 1 sudu makan tepung jagung 
  • ½  cawan air (Dibancuh bersama tepung jagung)                           
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong 2 tauhu jepun. 
    2. Celurkan sawi pak choy dan tuskan. Letakkan di atas pinggan. 
    3. Panaskan minyak masak dan gorengkan tauhu sehingga garing. Angkat dan letakkan di atas pinggan berisi sawi pak choy tadi. Ketepikan. 
    4. Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan air dan lada sulah. Masakkan sehingga mendidih. 
    5. Masukkan bancuhan sos tiram dan tepung jagung. Kacau rata. 
    6. Masukkan telur dan garam. Kacau rata supaya hancur. 
    7. Tuangkan ke dalam pinggan yang berisi tauhu dan sawi pak choy. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN