Taucu Daging ..

Resepi ini amat istimewa kerana ianya resepi keluarga saya ( emak).. rasanya yang lazat apabila anda mencubanya pasti selepas ini ianya akan menjadi kegemaran anda juga nanti.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Taucu Daging ..

Resepi ini amat istimewa kerana ianya resepi keluarga saya ( emak).. rasanya yang lazat apabila anda mencubanya pasti selepas ini ianya akan menjadi kegemaran anda juga nanti.

BAHAN-BAHAN

  • 800 grm daging batang pinang – dipotong melintang ira.
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang puteh
  • 1 cm halia tua
  • 1 cm kunyit hidup
  • 4-7 batang cili api (ikut kepedasan)
  • 1 batang serai – dititik
  • 3-5 sdb taucu (kasar)
  • Gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • 3 batang cili besar hijau belah 4
  • 2 biji tomato buah belah 4
  • 4 sdb santan pekat
  • 2 biji bawang kuning / bomby. Hiris bulat-bulan kasar sedikit.
  • Air asam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Siang daging, potong melintang ira, kemudian dilumur dengan tepung dalam segengam. Gaul rata biar seketika dalam 5-10 min. Kemudian basuh bersih lau ditoskan. Ketepikan
  • Bawang puteh, merah,halia,kunyit hidup dan cili api digiling. Manakala serai diketuk bagi keluar baunya.
  • Taucu di basuh lalu ditoskan. Airnya jangan dibuang.
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan giling tadi serta serai hingga naik bau dan garing sedikit lalu masukan daging, gaul rata dan biarkan hingga daging mengeluarkan jus, kemudian kacau lagi hingga jus daging kering sedikit dan empuk, lalu masukan taucu. Kacau rata lagi, biar seketika lalu masukan sedikit demi sedikit air taucu dan gula, sesuaikan rasa.
  • Apabila kuah daging sedikit pekat boleh masukan air asam kacau rata biarkan seketika lalu bolehlah masukan santan, gaul rata lagi. Biarkan kuah menjadi pekat. Lalu bolehlah masukan cili hijau dan bawang kuning, gaul rata dan biarkan ianya layur lalu masukan pula tomato buah biarkan ianya layur. Sesuaikan rasa. lalu bolehlah di hidangkan.
  • Lauk ini sesuai dimakan bersama nasi, pulut dan roti. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago