Saja nk share kat sini, sbb dh survey kat MYR ni, takde resepi Tau Hu Far lagi (kalau tak silap la..)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tau Hu Far
Saja nk share kat sini, sbb dh survey kat MYR ni, takde resepi Tau Hu Far lagi (kalau tak silap la..)
BAHAN-BAHAN
- 300 gm kacang soya -rendam semalaman
- 12 gelas air (ini untuk kisar dengan kacang soya tadi untuk dapatkan 12 gelas air soya) * 1 gelas air soya bersamaan 200ml
- 1 sudu (sudu kecil kentucky) Tau Fu far Curding (istilah lain kat kedai bakery ialah GDL iaitu Glukono Delta Lactone)* benda ni takleh letak banyak, nanti pahit
- 2 sudu besar potato stratch (tp kalau takde tepung jagung pun boleh)
- 1/2 gelas air suam
CARA PENYEDIAAN
- Kisar kacang soya bersama 250 ml air (12 gelas air ) Tapis 2 kali untuk dapat hasil yang halus dan licin
- Sukat perahan air kacang soya sehingga menjadi 12 gelas
- Air soya dijerang atas api sederhana hingga mendidih
- Sementara itu, larutkan 2 sudu besar potato stratch bersama 1 sudu kecil tau Hu Far Curding di dalam 1/2 gelas air suam
- Sediakan bekas kedap udara(tupperware)
- Tuang larutan potato stratch tadi ke dalam tupperware
- kemudian, ambil air kacang soya dan tuang secara meninggi (ala teh tarik). Tak perlu dikacau lagi
- Cepat2 tutup tupperware dan jangan buka. Biar hingga beku/sejuk
- Hidangkan bersama gula merah atau gula putih. SELAMAT MENCUBA
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.