Resipi Bonda, sesuai untuk dijadikan hantaran untuk majlis pertunangan atau perkahwinan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tart Strawberi

Resipi Bonda, sesuai untuk dijadikan hantaran untuk majlis pertunangan atau perkahwinan

BAHAN-BAHAN

  • 250gm mentega (suhu bilik)
  • Jem nenas yang telah digelentel bulat-bulat secukupnya
  • 25gm strawberi paste (boleh tambah sehingga 50gm) mengikut jenis brand,jika suka kaler lebih terang, bole taruh lebih)
  • 1 biji kuning telur (telur putih jgn dibuang)
  • Tepung gandum secukupnya (lebih kurang 350gm)
  • Sedikit lenga @ bijan
  • Sedikit Bunga Cengkih
  • Gula icing – utk hiasan daun
  • Pewarna hijau – utk hiasan daun
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega sehingga sedikit kembang. Guna senduk kayu sudah memadai
  • Masukkan kuning telur..dan pukul lagi
  • Masukkan Strawberi Paste, dan kacau sehingga rata
  • Masukkan tepung gandum,sedikit demi sedikit,sehingga adunan yang dibancuh,tidak terlampau lembik dan terlampau keras. Cuba bentuk menjadikan strawberi. Pastikan tidak melekit adunan di tangan.
  • ambil sedikit adunan dan letakkan jem nenas didalamnya. dan bentukkan menjadi ala-ala buah strawberi
  • Gunakan penyepit untuk mengepit permukaan strawberi, menjadi sedikit berlubang-lubang
  • Pukul sedikit putih telur tadi…dan sapu di atas permukaan strawberi td perlahan-lahan. Dan taburkan bijan. Cucuk bunga cengkih di bahagian tangkai strawberi.
  • Bakar dgn suhu 180′ selama 25-30 minit. Saya guna api bawah saja
  • Untuk icing daun, guna resepi royal icing.
    putih telur di pukul hingga meringue
    gula icing secukupnya
    dan pewarna hijau.jgn bancuh terlalu cair,jika cair tambah lagi gula icing
  • nih gambar nozzle daun, pengepit kuih bangkit, dgn gambar icing daun yang dh siap

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN