Lemak, sedap dan harum…..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tart Nenas Nyonya

Lemak, sedap dan harum…..

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN DOH TAT:-
  • 680 g tepung gandum
  • 400 g mentega
  • 1 kuning telur
  • 2 camca besar gula aising
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 2 – 3 titik pewarna kuning
  • 1/4 cawan air sejuk dari peti ais
  • UNTUK JEM NENAS:-
  • 8 cawan parutan nenas
  • 6 cawan gula pasir
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 camca besar mentega
CARA PENYEDIAAN
  • UNTUK JEM NENAS:- Perah sedikit jus nenas tapi jgn sampai kering. Masukkan dalam kuali bersama gula pasir dan masak hingga gula larut. Masukkan kayu manis dan bunga cengkih, masak hingga kering tapi masih lembap. Masukkan mentega dan gaul rata. Padamkan api dan biar sejuk, boleh digentel mengikut saiz acuan tat masing2. Ketepikan.
  • UNTUK DOH:- Satukan mentega, gula aising, kuning telur, esen vanilla dan pewarna kuning dalam satu bekas dan kacau hingga semua bersatu dan adunan berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, adunan akan berupa seakan2 serbuk roti. Masukkan sedikit air ais tadi dan gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Jangan bimbang jika air tidak habis. Bulat2kan doh dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.
  • UNTUK MEMBUAT TAT NENAS:- Ambil segenggam doh dan canai 1/2 cm tebal, terap dgn acuan tat kegemaran, susun dalam dulang pembakar. Isi inti dalam kulit tat tadi. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 – 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN