Mereka-reka sendiri tapi ok le..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tangkup Kaya
Mereka-reka sendiri tapi ok le..
BAHAN-BAHAN
- KAYA
- 2 biji telur
- 2 Cawan santan
- 3/4 cawan gula pasir + 1 cawan air
- Sedikit garam
- 2 camca makan tepung kastad
- Pewarna hijau
- 2 helai daun pandan(disimpul)
- KULITNYA
- 2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 cawan air
- Sedikit garam
- Pewarna kuning
- Sedikit minyak
- Acuan karipap
CARA PENYEDIAAN
- Buat kaya dulu. Masak gula dgn 1 cawan air hingga larut.
- Masukkan telur,tepung kastad,garam dan santan dalam blender.Blend supaya sebati.
- Tuang bahan yang diblen dalam air gula.Kacau.
- Masukkan daun pandan.Kacau sampai pekat.
- Angkat dan ke tepikan
- Buat kulitnya pulak. Masukkan tepung gandum,air dan garam dalam blender dan blend.Tapis.
- Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak
- Ceduk sesenduk kecil tepung yang ditapis tadi dan buat dadar atas kuali. Guna api sederhana.
- Apabila dah kering bahagian atasnya,tak perlu dialih terus angkat.
- Letakkan atas acuan karipap dan letakkan sesudu kaya ditengah-tengahnya. Tutup acuan dan buang rejanya.
- Keluarkan dari acuan .Letak atas pinggan.
- Siap untuk dimakan. Rejanya boleh cicah dengan kaya. Ataupun jika tak mahu ada reja, buat dadar besar sikit dan gulung macam ketayap je…satu kelainan.Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.