Bagaimana cara nak masak Talapia Bakar Bersama Sambal Mangga?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talapia Bakar Bersama Sambal Mangga

Bagaimana cara nak masak Talapia Bakar Bersama Sambal Mangga?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 2 ekor ikan tilapia hitam (Dibersihkan dan dikelar) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 3 biji cili api 
  • 1 ulas bawang putih (Ditumbuk lumat bersama bawang putih)
  • 1 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Sambal)
  • 3 biji cili merah 
  • 5 bijij cili api 
  • (Cili merah dan cili api dikisar bersama separuh hancur)
  • Sedikit belacan 
  • 1 sudu makan asam jawa 
  • ½ cawan air (Dibancuh bersama asam jawa)
  • 2 biji buah mangga muda (Dibuang kulit dan dicencang kasar) 
  • 2 biji bawang merah 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaulkan serbuk kunyit, garam, cili api, dan bawang putih, kemudian sapukan pada ikan. 
    2. Letakkan ikan pada pemanggang. 
    3. Bakar ikan sehingga masak sambil titiskan sedikit minyak pada jaring pemanggang bagi mengelakkan isi ikan melekat. 
    4. Gaulkan bahan sambal dengan sedikit garam dan masukkan mangga yang sudah dicencang. 
    5. Angkat ikan dan sedia dihidangkan dengan sambal mangga.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN