Nyaman dimakan sejuk
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Talam Sago Pandan Ais
Nyaman dimakan sejuk
BAHAN-BAHAN
- Bahagian Bawah
- 1 1/2 cawan sago mata ikan
- 7 helai daun pandan (jadikan 1 cawan jus pandan)
- 1 1/2 cawan gula
- 4 cawan air
- 5 titik pewarna hijau epal
- Bahagian Atas
- 100gm tepung hon kuew
- 4 1/2 cawan santan (dpd 1 biji kelapa – blend je kelapa tu supaya santannye pekat)
- 2 sudu teh garam (kalau xnak masin sgt – kurangkanlah garamnye je)
- Lain-lain bahan
- 2 cawan gula merah
- 2 cawan air
- Ketulan ais
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan kukusan.
- Dalam periuk, satukan semua bahan bahagian bawah dan masak sehingga adunan memekat dan berkilat. Mudah kalau kacau gunakan whisk. Masukkan adunan kedalam acuan.
- Dalam periuk, satukan semua bahan atas dan masak sehingga naik wap. Gunakan whisk untuk mengacau. Bila dah naik wap, tutup api tapi teruskan mengacau kerana kepanasan periuk membantu untuk memekatkan adunan.
- Tuang adunan diatas adunan sago tadi. Kukus selama 10-15 minit. Sejukkan.
- Masakkan pula gula merah dan air sehingga mendidih kemudian tapis.
- Bila kuih dan air gula dah sejuk, boleh lah dihidangkan. Cara menghidang, potong sekeping talam, curahkan air gula dan masukkan beberapa ketulan ais. Nyaman dihidang sejuk.
- Peringatan : kak ogy suka lapisan atas talam ini masin sedikit. Kalau anda xmahu ianya masin, kurangkan garam ye.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.