Bahan A 100gm beras pulut hitam 250gm beras pulut putih } di rendam semalaman berasingan
Bahan B 250ml air 50ml santan pekat KARA 1 1/2 sudu teh garam
Bahan C (Lapisan Atas)
40gm tepung beras
20gm tepung kastard
40gm tepung ubi
1 biji telur
150ml santan pekat KARA
130ml air
90gm gula kaster
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN
Toskan pulut hitam dan kukus selama 30 minit. Angkat dan ketepikan.
Toskan pulut putih dan kukus selama 30 minit. Angkat dan gaulkan dengan pulut hitam dan bahan B hingga rata.
Pulut yang digaul tadi dimasukkan kedalam loyang 8″ empat segi yang dilapik dengan daun pisang atau plastik. Tekan padat pulut kedasar loyang dan kukus selama 10 minit lagi.
Satukan bahan C, gaul rata dan tapis.
Tuangkan adunan ke atas pulut yang telah dikukus tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
Biarkan betul2 sejuk baru dipotong.
Jika ingin membuat 2 lapisan atas dgn berlainan warna gandakan bahan C.
Selepas adunan masak, masih terdapat air pada permukaannya tuang keluar air tersebut perlahan2 baru dimasukkan lapisan seterusnya
Kongsi Resepi Ini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.