permukaan talam ni ada skit payah nak kata..sbb kedut2 skit tapi keseluruhannya sedap & lembut

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talam Keladi

permukaan talam ni ada skit payah nak kata..sbb kedut2 skit tapi keseluruhannya sedap & lembut

BAHAN-BAHAN

  • (utk lapis bawah)
  • 300 ml santan dari 150 gm kelapa parut (buang kulit)
  • Garam secukup rasa
  • 65 gm tepung beras
  • 1 tsp tepung gandum biasa
  • 100 gm keladi (yam), potong dadu & kukus separuh masak & lenyek2kan sedikit
  • 55 gm gula pasir
  • (utk lapisan atas)
  • 100 ml santan dari 100 gm kelapa parut (buang kulit)
  • Garam secukup rasa
  • 80 gm gula pasir
  • 2 tbsp tepung beras
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 biji telor, dipukul sedikit
  • Sedikit pewarna unggu (purple or violet)
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan semua adunan untuk lapisan bawah.
  • Panaskan kukusan pada api sederhana hingga air mendidih lalu letak loyang berukuran 8″ bulat ber-griskan sedikit minyak.
  • Tuang adunan untuk lapisan bawah pada loyang tadi & kukus selama 10-15 min
  • (lapisan atas): Di mangkuk lain, campurkan santan, garam & gula hingga sebati.
  • Masukkan tepung beras & bahan2 lainnya. Gaul hingga sebati & tidak berbentil2; tapiskan.
  • Tuang adunan ini keatas lapisan bawah.
  • Tutup semula kukusan tadi & kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak.
  • Alihkan untuk disejukkan & potong.
  • Gunakan pisau plastik & sapu sedikit minyak untuk memotong supaya tidak melekat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN