Aneka Kuih Talam
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Talam Kaya Labu
Aneka Kuih Talam
BAHAN-BAHAN
- Bahan Lapisan Labu
- 500gm isi labu (dikukus dan dilecek)
- 70gm tepung jagung
- 60gm tepung sago
- 200ml santan pekat KARA
- 200ml air
- 220gm gula halus
- 350gm telur (optional)
- 2 helai daun pandan
- Bahan Lapisan Putih
- 90gm tepung beras
- 100gm tepung ubi
- 400ml santan pekat KARA
- 170gm gula halus
- 1 sudu kecil garam
- 400ml air
- 2 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
- Lapisan Labu : Satukan bahan untuk lapisan labu, gaul rata dan kisar sekejap dalam pengisar dan tapis.
- Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja. Keluarkan daun pandan.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke dalam loyang yang telah dileser sedikit minyak dan kukus selama 10 minit.
- Lapisan Putih : sementara itu, satukan bahan lapisan putih, gaul rata dan tapis.
- Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Keluarkan daun pandan. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke atas lapisan labu yang dikukus tadi. Kukus selama 5 minit.
- Ulangi proses melapis hingga habis. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
- Sejukkan dahulu sebelum dipotong
- kali ni kak wan tak masukkan telur. jika suka boleh masukkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.