Bagaimana cara nak masak Talam Gula Merah?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Talam Gula Merah
Bagaimana cara nak masak Talam Gula Merah?
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan gula merah (Dimasak dan disejukkan)
- ½ cawan gula pasir
- 5 cawan air
- 2 helai daun pandan (Disimpul)
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung ubi
- Garam secukupnya
- 3 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu teh garam
Bahan A (Lapisan Bawah)
Bahan B (Lapisan Atas)
CARA PENYEDIAAN
- Masakkan gula merah, gula pasir, air, dan daun pandan sehingga mendidih. Tapiskan.
- Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
- Gaulkan semua bahan dan tapiskan ke dalam kuali non-stick dan masakkan seketika.
- Tuangkan ke dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
- Apabila sudah masak, cakarkan sedikit permukaan adunan dengan garpu.
- Gaulkan semua bahan B dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap sahaja.
- Tuang perlahan-lahan ke atas adunan A yang sudah dicakar dengan garpu.
- Kukus selama 20 minit ataupun sehingga masak dengan api sederhana.
- Sejukkan dahulu, kemudian potong dengan pisau plastik.
- Sedia dihidangkan.
Cara Membuat Lapisan Bawah
Cara Membuat Lapisan Atas
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.