Ubah selera drpd talam yg manis kpd talam yg pedas. Sesuai utk sarapan, minum ptg dan utk juadah berbuka puasa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Talam Berlauk™

Ubah selera drpd talam yg manis kpd talam yg pedas. Sesuai utk sarapan, minum ptg dan utk juadah berbuka puasa.

BAHAN-BAHAN

  • Adunan tepung :-
  • *230 g tepung beras (cap gajah)-(2 cawan + 3 3/4 sb)
  • *60 g tepung jagung (7 1/2 sb)
  • *2 sk gula
  • *garam secukup rasa
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1,100 ml santan pekat (4 1/2 cawan)
  • Bahan utk lauk :-
  • 300 g daging cincang
  • 180 g isi ayam – potong dadu
  • 1 hiris halia – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • Bahan taburan :-
  • 2 cawan bawang goreng
  • 8 tangkai daun sup dan daun bawang – dihiris
  • 3 batang lada merah – dihiris halus (lebihkan jika suka pedas)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bwg putih dan halia hingga wangi dan masukkan daging dan ayam dan masak hingga kering lalu masukkan perasa dan 1/2 bahan taburan.Gaul rata dan masak terus hingga kering.Sejukkan.
  • Satukan adunan tepung* ke dlm periuk, kacau hingga tidak berbintil dan masak atas api perlahan hingga sederhana pekat. Kemudian masukkan lauk yg tlh disejukkan tadi dan kacau lagi 5 min.
  • Tuang adunan ke dlm loyang berlengser minyak dan taburkan permukaan adunan dgn lebihan bahan taburan rata2.
  • Kukus selama 20 min atau hingga masak. Biarkan kuih benar2 sejuk, potong dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN