Masakan orang jepun,tapi menjadi kegemaran orang-orang malaysia
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Takoyaki
Masakan orang jepun,tapi menjadi kegemaran orang-orang malaysia
BAHAN-BAHAN
- 250g tepung takoyaki
- 1 biji telur
- 750ml air
- filet ketam dihiris nipis (atau apa saja mengikut selera)
- kobis (dicincang halus)
- secubit garam
- kicap unagi @ kicap sushi
CARA PENYEDIAAN
- bancuh tepung dengan air (dalam gambar dibawah ialah tepung takoyaki yang boleh dibeli di pasaraya JUSCO)
- pukul telur dan masukkan kedalam bancuhan tepung tadi,dan kacau lagi sehingga rata dan diletakkan secubit garam
- tapis bancuhan tepung diatas supaya bacuhan tidak berketul-ketul.
- panaskan acuan kuih cara dengan api yang perlahan,letak sedikit minyak didalam acuan supaya nanti kuih tidak melekat.
- tuang tepung tadi kedalam acuan sehingga penuh.dengan cepat,masukkan filet ketam dan kobis.
- selepas itu,tuangkan sedikit lagi bancuhan tepung tadi keatas acuan tadi,bila bancuhan hampir masak sedikit,pusing2kan takoyaki perlahan-lahan untuk mendapatkan bentuk yang bulat (guna sudu kecil)
- letakkan sedikit minyak ditepi-tepi lubang acuan supaya takoyaki masak dengan cantik
- setelah masak,angkat dan sapukan dengan kicap unagi dan mayonis…Siap!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.