Hidangan untuk bila2 masa. Di sukai anak2

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sweet Bun (Bun Manis)

Hidangan untuk bila2 masa. Di sukai anak2

BAHAN-BAHAN

  • 300gm Tepung Roti (High Protein Flour)
  • 300gm Tepung Halus (Super Fine Flour)
  • 10gm Yis kering (ibu roti)
  • 6gm Garam
  • 120gm Gula Kastor
  • 2 biji Telur (Gread A)
  • 250ml Susu Segar
  • 100gm Mentega
  • Air – untuk disapu pada roti sebelum dimasak
  • Mentega/Majerin – untuk disapu setelah masak (bagi mengilatkan roti)
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan semua bahan-bahan kering – tepung roti, tepung halus, yis, gula kastor & garam. Masukkan susu, telur & mentega. Uli seketika (dalam keadaan ini adunan melekit seperti tidak cukup tepung)
  • Diatas dulang atau papan canai, taburkan tepung sedikit. Keluarkan adunan dan uli dgn tangan. Adunan masih melekit – JGN TAMBAH TEPUNG. Teruskan menguli hingga tidak melekat di tangan/adunan licin (menggunakan tangan masa dlm 25 minit/mesin tepung 10-15 minit).
  • Setelah siap masukkan adunan tadi didalam bekas & tutup dengan kain lembab atau kertas mahjong (kertas minyak). Biarkan adunan selama 1 jam atau naik sekali ganda.
  • Untuk menguji adunan dah naik sekali ganda, cucuk dgn jari di tengah2 adunan & ia akan lambat naik semula. Keluarkan adunan di atas papan canai. Gunakan teknik “punching & stretching” tumbuk adunan utk mengeluarkan angin. Setelah siap biarkan lagi selama 15 minit.
  • Bahagikan doh kepada 50gm – 60gm setiap satu. Aturkan terus ke dlm dulang pembakar. Biarkan adunan naik lagi selama 15 – 20 minit.
  • Sementara itu panas kan oven pada suhu 190°C. Sebelum roti dibakar, sapu kan air diatas permukaan roti utk menggelakkan roti menjadi kering ketika dibakar.
  • Setelah masak sapukan mentega atau majerin agar roti nampak berkilat

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN