Sushi Gulung Tikar

Cara senang buat norimaki sushi (sushi gulung) guna tuna dalam tin je tak payah tangkap ikan fresh kat laut :-)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Jepun

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

30 min
MASAK

4 orang
HIDANGAN

Sushi Gulung Tikar

Cara senang buat norimaki sushi (sushi gulung) guna tuna dalam tin je tak payah tangkap ikan fresh kat laut :-)

BAHAN-BAHAN
  • 2 cawan Beras Jepun

  • 1 tin Tuna (yang takde tambah mayo atau cili)

  • 3 batang Timun Jepun

  • 6 batang Crab Filamen

  • 2 biji Telur saiz M

  • 1/2 cawan Cuka Sushi

  • Mayonis secukupnya (kalau boleh, mayonis Jepun – boleh cari di Jusco, Tesco, Giant)

  • 3 sudu besar Gula

  • 1 sudu kecil Garam

  • 1 sudu kecil Kicap Jepun (kalau takde, kicap cair pun boleh)

  • Kepingan seaweed (Nori) saiz besar secukupnya (boleh cari di mana-mana pasaraya sekarang)

CARA PENYEDIAAN
  • Masak nasi macam biasa.

  • Sediakan cuka untuk nasi sushi – campurkan 1/2 cawan cuka dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu kecil garam. kacau rata sampai sebati (kalau tak hancur sikit-sikit pun takpe)

  • Sediakan inti sushi. – Tuna ditos dari tin, gaul dengan mayo secukupnya (ikut rasa sendiri. Jangan banyak sangat mayo nanti meleleh keluar dari sushi) – Timun Jepun di belah empat, buang empulur sikit. – Crab filamen di belah dua.

  • Telur dikocok dengan 2 sudu besar gula dan 1 sudu kecil kicap cair/kicap Jepun. Dadarkan telur. Bila sejuk, potong memanjang.

  • Gaulkan nasi dengan campuran cuka ketika panas. Kipaskan nasi supaya sejuk sedikit (nasi yang panas akan menyukarkan proses menggulung)

  • Sedia untuk menggulung :-) Ambil tikar gulung sushi (boleh cari di bahagian Jap food atau guna tuala muka yang kering dan tebal sikit). Ambil sehelai nori dan hamparkan atas tikar.

  • Basahkan tangan, ambil nasi sedikit dan tempekkan pada nori (nasi Jepun melekat sikit jadi tangan perlu basah semasa berkerja)

  • Susun inti sushi (tuna, telur dadar, timun, crab filamen)

  • Gulung! Potong dengan pisau tajam – SIAP!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago