Resepi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Udang Mudah

Resepi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 600 gm udang basah/saiz besar – jangan dibuang kulit
  • 1 ikat sayur minyak
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawng putih – ditumbuk
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Air secukupnya
  • Halia – ditumbuk
  • Lada sulah
  • 3-5 biji asam jawa – kalau nak rasa masam lagi boleh ditambah
  • Garam dan bahan perasa secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Masukkan udang basah yang telah dibersihkan – satukan seketika barulah masukan air secukupnya. Biarkan hingga mendidih.
  • Bila udang tu dah setengah masak, masukkan sayur minyak, lada sulah, asam jawa, garam dan bahan perasa.
  • Selepas 2-3 minit, akhir sekali masukan telur. Biar seketika dalam periuk barulah dikacau supaya telur tadi tidak terlalu hancur.
  • Siap untuk dihidang dengan nasi putih atau mi kuning.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN