Resepi daripada emak
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
1jam 30min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sup Tulang Ala Mamak
Resepi daripada emak
BAHAN-BAHAN
- tulang daging 2kg
- kentang 4 biji (potong dadu}
- daun sup
- cili merah 3 biji (dipotong)
- bawang goreng RM1.00
- limau nipis 2 biji
- BAHAN UTK KISAR:
- bawang merah 5 ulas
- bawang putih 3 ulas
- halia 3 inci
- BAHAN UNTUK DITUMIS:
- bunga lawang 4 biji
- bunga cengkih 4 biji
CARA PENYEDIAAN
- Tulang daging direbus terlebih dahulu sehingga lembut.
- Tumis bahan tumis tadi iaitu bawang merah bawang putih dan halia sehingga naik bau. Setelah naik bau barulah masukkan tomato yang telah dipotong tadi dan sup bunjut.
- Tumis sehingga tomato hancur dan bahan kisar tadi nampak kekuningan.
- Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis dan serbuk ketumbar ke dalam tumisan tadi.
- Apabila bau sudah naik barulah masukkan air rebusan daging tadi sedikit demi sedikit..
- Masukkan kentang yang telah dipotong dadu tadi ke dalam kuah sup tersebut dan masak kentang sehingga lembut.
- Masukkan tulang daging tadi bila kuah sudah mendidih dan masukkan garam dan ajinomoto ke dalam kuah tersebut.
- Bila sudah siap ramas setengah bawang goreng ke dalam kuah tadi.
- Semasa menghidang bolehlah ditabur daun sup, cili merah dan sedikit bawang goreng. Perahkan sedikit limau nipis ke dalam hidangan tadi.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.