Bagaimana cara nak masak Sup Tauhu Kukus?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sup Tauhu Kukus
Bagaimana cara nak masak Sup Tauhu Kukus?
BAHAN-BAHAN
- 1 paket tauhu lembut
- 2 sudu makan daging ayam kisar
- 1 pokok daun bawang (Dicencang)
- 1 pokok daun sup (Dicencang)
- ½ batang lobak merah (Dicencang)
- 2 biji cili merah (Dicencang)
- 1 biji putih telur
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh lada sulah
- Garam secukup rasa
- 3 biji bawang merah (Dihiris)
- 2 ulas bawang putih (Dihiris)
- 3 cawan air
- ½ batang lobak merah (Dipotong kecil)
- 1 pokok daun sup (Dicencang kasar)
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
Bahan A
Bahan B
CARA PENYEDIAAN
- Hancurkan tauhu sehingga lumat di dalam mangkuk besar.
- Masukkan semua bahan A yang lain dan gaul rata.
- Masukkan bahan yang digaul ke dalam bekas kecil yang sudah disapukan minyak dan kukus selama 15 minit.
- Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
- Masukkan air, lobak merah dan garam. Masakkan sehingga mendidih.
- Masukkan tauhu yang dikukus tadi. Masakkan lagi sehingga mendidih.
- Padamkan api dan taburkan daun sup. Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.