Resepi yg agak mudah untuk disediakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup makaroni

Resepi yg agak mudah untuk disediakan.

BAHAN-BAHAN

  • A :
  • 300g daging/isi ayam
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar
  • 4-5 biji lada hitam
  • 1 helai bayleaf
  • 1sb garam
  • B :
  • 1 1/2sb bawang putih dicincang halus
  • 2 ulas bawang besar dihiris nipis
  • 4 biji tomato dipotong dadu
  • 2 cwn carrot dipotong dadu
  • 1 cwn capsicum dipotong dadu
  • 1sb tomato paste
  • 3sb olive oil
  • 8 cwn beef broth *
  • 1sk dried basil
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 helai bayleaf
  • 150g makaroni
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan A : Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebus daging dgn air secukupnya sehingga daging empuk.
  • Apabila daging telah empuk, keluarkan daging dan sejukkan sebelum dipotong kecil. Air rebusan ditapis utk digunakan ketika memasak bahan B.
  • Bahan B : Panaskan olive oil di dalam periuk dan goreng daging sehingga agak kekuningan. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih dan bayleaf. Goreng sehingga bawang besar menjadi transparent.
  • Masukkan carrot, capsicum, tomato paste, dried basil dan tomato. Masak lebih kurang 1 minit.
  • Masukkan air rebusan daging. * Sukat air rebusan daging tersebut dan tambah air biasa utk cukupkan 8 cwn. Tambahkan sedikit beef stock (cube) jika mahu.
  • Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Apabila sudah agak mendidih, masukkan makaroni dan biarkan makaroni tersebut masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN