Sesuai dimakan waktu demam. Sup ini memang disyorkan bagi sesiapa yg mengalami masalah sakit tyroid atau kurang makanan cengkerang yg menyebabkan bengkak tekak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sup Halia Ketam
Sesuai dimakan waktu demam. Sup ini memang disyorkan bagi sesiapa yg mengalami masalah sakit tyroid atau kurang makanan cengkerang yg menyebabkan bengkak tekak.
BAHAN-BAHAN
- 2 ekor ketam- saiz sederhana
- 5 biji kentang -dipotong baji
- 5 jejari ketam
- Sedikit bunga lawang, bunga chengkih, kulit kayu manis -untuk menumis
- 3 Ulas bawang putih- diracik-racik
- 1 labu bawang besar – potong bulat
- 1 in halia muda-dimayang
- Garam & serbuk perisa
- 4 gelas air utk kuah
CARA PENYEDIAAN
- Ketam dibersih-buang kulit cengkerang serta insangnya. Belah dua
- Tumiskan bawang putih dab halia, setalah agak wangi masukkan bawang besar, bunga lawang, bunga chengkih & kulit kayu manis
- Masukkan 4 gelas air masak, seterusnya kentang- renihkan dalam 5 minit.
- Masukkan ketam.
- Masukkan jejari isi ketam, garam & serbuk perisa.
- Siap dalam 10 minit, boleh makan dengan nasi atau hirup sup sahaja.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.