Sup yang ringkas.diubahsuai dari resepi belakang kotak kiub pati ikan bilis knorr berdasarkan bahan yg ada dirumah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

sup cendawan shiitake dan lobak merah

Sup yang ringkas.diubahsuai dari resepi belakang kotak kiub pati ikan bilis knorr berdasarkan bahan yg ada dirumah.

BAHAN-BAHAN

  • 4 kuntum cendawan shiitake kering[direndam semalaman (nak cepat rendam dalam air panas dalam sejam atau sehingga kembang) kemudian dihiris]
  • 1 batang lobak merah [dipotong kiub]
  • 2 ulas bawang putih [dihiris]
  • 2-3 kepingan Halia [dihiris]
  • Garam
  • 1 sudu Sos tiram
  • 10 ekor udang
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2-3 cawan air
  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau
  • Tambah air
  • Masukkan kiub pati ikan bilis, sos tiram, cendawan, dan lobak merah
  • Reneh dengan api sederhana sehingga mendidih atau lobak merah empuk (bagi orang tua tak boleh makan benda keras)
  • Apabila sup hampir mendidih, masukkan udang dan tambah garam ikut rasa
  • Biarkan mendidih seketika dan tutup api.
  • SIAP!!! Dan boleh dihidangkan bersama nasi atau bubur.
  • P/s: cendawan yang direndam akan kembang dan membesar. Kalau takut terbanyak boleh kurangkan bilangan cendawan. Kalau nak lebih aroma sup boleh tambah daun sup. Kalau nak pedas boleh tambah cili. Kalau sup sejuk akan ada ketul-ketul. Maka sup ini lebih sesuai dihidangkan panas-panas.
  • Note: masak pakai pati ayam pon lg sedap.. *_*

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN