Resepi dari kawan tapi dah diubah suai. sesuai untuk sarapan pagi atau ikut suka. berkhasiat dan baik untuk kesihatan….selalu buat untuk brekfes anak2…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup/bubur oat

Resepi dari kawan tapi dah diubah suai. sesuai untuk sarapan pagi atau ikut suka. berkhasiat dan baik untuk kesihatan….selalu buat untuk brekfes anak2…

BAHAN-BAHAN

  • 1 liter air
  • 1 biji bawang besar (saiz sedang – hiris)
  • 2 ulas bawang putih – juga dihiris
  • 1 kiub ayam
  • sedikit lada hitam – ditumbuk
  • isi ayam (ayam goreng pun boleh)- disiat2
  • atau isi ketam (filamen crab – mcm dlm gambar)
  • sedikit garam
  • bawang goreng dan minyak bijan (tak de pun, tak pe)
  • sedikit minyak
  • 4 senduk kecil oat – ikut suka pekat atau cairnya sup ni
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Tumis bawang2 yg dihiris tadi hingga kekuningan atau naik bau.
  • Then masukkan air, kiub ayam dan lada hitam
  • Sebelum air mendidih, masukkan oat dan isi ayam goreng. Kacau2 sebab takut oat berketul. Masak hingga mendidih dan kacau sekali sekala sebab oat membuak kalau tak kacau.
  • Masak hingga oat betul2 kembang dan rasa le garam nye.
  • Siap dan boleh dihidang bersama bawang goreng dan beberapa titik minyak bijan.
  • Simple je tapi berkhasiat. Selain ayam atau isi ketam, bole juga guna perencah lain. Ikut selera. Selamat mencuba….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN