tidak menggunakan sup bunjut yg dibeli di kedai… perencah asli dari ladang, resepi dari ibu mentuaku…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup ayam asli

tidak menggunakan sup bunjut yg dibeli di kedai… perencah asli dari ladang, resepi dari ibu mentuaku…

BAHAN-BAHAN

  • 8 ketul ayam
  • sebiji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 sudu besar biji ketumbar**
  • 1 sudu besar jintan kasar**
  • 1 sudu besar jintan manis**
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Penumis (kulit kayu manis, biji pelaga, bunga lawang)
  • kentang
  • daun sup dan daun bawang
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • sedikit asam keping
CARA PENYEDIAAN
  • tumbuk bahan yang bertanda *
  • sangan/goreng tanpa minyak bahan yang bertanda ** sehingga naik bau dan berwarna perang. jgn terlebih goreng nanti pahit supnya. kemudian blend kering sampai jadi serbuk
  • Panaskan minyak, tumis bahan penumis hingga naik bau
  • masukkan bahan yg bertanda * dan **. xperlu tunggu garing masukkan ayam dan kentang
  • api sederhana perlahan dan tutup tudung periuk. biarkan jus ayam keluar dan menggelegak. (cara ini agar rasa perencah meresap masuk ke dlm isi ayam dan kentang)
  • masukkan air paras ayam sahaja. jgn banyak nanti hilang manis ayam.
  • masukkan garam secukup rasa… setelah menggelegak, reneh sup dgn api perlahan dlm 2-3 minit.
  • tutup api dan taburkan daun sup dan bawang

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending