Resipi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Stuffed Tomato With Mozzarella Cheese

Resipi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 12 biji tomato
  • 1/4 cawan bawang besar – dadu
  • 1/4 cawan lada benggala – dadu
  • 1/4 lobak merah – dadu
  • 1 hiris ikan salmon (boleh tukar ke ayam, udang dan sebagainya ikut kegemaran)
  • 1/4 ketul keju mozzarela – dadu
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Garam dan lada sulah
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh bersih tomato, lap air. Potong permukaan bahagian tangkai. Jangan buang bahagian penutup. Korek buang biji dan empulur, jadikan seperti cawan. Letak bahagian yang dipotong ke bawah di atas tisu untuk keringkan air. Ketepikan.
  • Bersihkan ikan salmon, buang kulit, potong dadu lebih kurang 1/2 sm.
  • Panaskan minyak zaitun ke dalam kuali, tumis lobak merah dan bawang besar. Bila sudah agak layu, masukkan lada, kacau sebentar, tambah ikan. Perisakan dengan garam dan lada sulah. Angkat dari kuali, biarkan sejuk.
  • Panaskan oven ke 200C. Sapu minyak zaitun di dalam bekas pembakar seperti pinggan dan sebagainya.
  • Isikan 3. ke dalam 1. sampai penuh. Letak keju di atasnya. Atur dalam 4. Ulang sampai habis.
  • Bakar selama 10-15 minit. Agak-agak tomato masak. Kalau terlalu lama, nanti tomato lembik dan pecah. Boleh juga dibakar menggunakan pemanggang.
  • Hidangkan bersama penutup tadi. Enak dimakan panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN