Sayang tgk strawbery yang tak terusik dalam fridge, so buatlah cup cake ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Strawberi Cup Cake

Sayang tgk strawbery yang tak terusik dalam fridge, so buatlah cup cake ni.

BAHAN-BAHAN

  • 90gm marjerin/butter
  • 80 gm gula halus
  • 1 biji telur-asingkan kuning dan putih
  • 40 ml susu cair
  • 110 gm tepung kek
  • 1/2 sudu teh cream of tartar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil strawbery emulco
  • 6-8 biji strawbery-dipotong kecil
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam periuk, satukan butter, susu cair. Panaskan dengan api perlahan hingga butter cair. Kemudian masukkan strawberi, kacau sebentar dan tutup api. Biar sejuk
  • Pukul putih telur bersama cream of tartar hingga gebu. Kemudian, masukkan gula halus. Pukul lagi hingga dapat bentuk bertanduk (meringue)
  • Dalam bekas lain, pukul kuning telur, kemudian masukkan butter yang dicairkan tadi. Pukul hingga sebati. Masukkan esen vanila dan strawberi emulco.
  • Masukkan tepung. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan putih telur tadi. Kali ini guna cara kaup dan balik. Bila dah sebati, sendukkan ke dalam acuan mufin. Bakar pada suhu 180’C hingga masak, (selama 20-30 minit)
  • SELAMAT MENCUBA (cup kek ini gebu dan lembut, bagi yang suka manis boleh lebihkan gula, sbb strawberi agak masam)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN