Resepi cincai yang sangat mudah dan sedap. Boleh cuba sementara arrowhead/ngarku masih terdapat dipasaran :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Stir fry Arrowhead with Beef
Resepi cincai yang sangat mudah dan sedap. Boleh cuba sementara arrowhead/ngarku masih terdapat dipasaran :)
BAHAN-BAHAN
- 500g daging dihiris nipis (kat Jusco ada daging lembu yg dah dihiris nipis)
- 5 biji ubi arrowhead belah 4 – goreng layu2
- 2 sudu cili boh
- 2 sudu sos cili
- sedikit garam & blackpepper (jika suka)
- sedikit halia dipotong halus
- bawang kuning potong bulat
CARA PENYEDIAAN
- Basuh daging bersih-bersih. Tumiskan cili boh sehingga garing. Masukkan daging dan kacau rata.
- Kemudian masukkan semua bahan lain dan tambah sedikit sahaja air. Renih sebentar sehingga daging empuk.
- Bila daging agak2 empuk dan kuah likat, tutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas.
- *masakan ini tidak terlalu berkuah. cukup sekadar basah-basah aje* Selamat mencuba!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.