Bagaimana cara nak masak Stik Daging Lembu?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Stik Daging Lembu

Bagaimana cara nak masak Stik Daging Lembu?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 500 g daging batang pinang (Dibersihkan) 
  • 1 sudu makan kicap pekat 
  • 1 sudu teh madu ataupun gula 
  • 1 sudu makan sos plum 
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia
  • ( Lada hitam, bawang putih dan halia dikisar bersama)
  • Bahan B (Sos Lada Hitam)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam 
  • 1 sudu makan  tepung jagung 
  • 1 cawan air (Dibancuh bersama tepung jagung)
  • 1 sudu makan sos tomato 
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Bahan C (Hiasan)
  • Beberapa helai daun salad 
  • 2 biji tomato (Dipotong nipis)
CARA PENYEDIAAN
    Cara Membuat Stik
    1. Potong daging setebal ½ inci. 
    2. Gaulkan semua bahan A kemudian perapkan selama 4-5 jam. 
    3. Masukkan semua bahan di dalam kuali non-stick dan tutup kuali. 
    4. Masakkan di atas api yang sederhana sehingga air kering dan daging lembut. 
    5. Angkat daging dan sediakan sos.
    Cara Membuat Sos
    1. Panaskan semua bahan B termasuk bahan lebihan perapan daging di dalam kuali non-stick. 
    2. Susun semua bahan hiasan di dalam pinggan dan tuangkan sos lada hitam semasa menghidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending