Dari buku masakan Cina, kegemaran anak-anak saya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Stik Ayam

Dari buku masakan Cina, kegemaran anak-anak saya.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ketul dada ayam
  • Marjerin secukupnya
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Perapan:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos Worcestershire
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Sedikit tepung jagung
  • Sos:
  • 1 sudu teh tepung gandum
  • 1 gelas sup ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit sos Worcestershire
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1/2 biji bawang besar – potong dadu
  • 4-5 biji cendawan butang – hiris kecil
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam, keringkan dan ketuk-ketuk sikit supaya lembut. Perap dengan bahan perap selama 15 minit.
  • Pijarkan marjerin dalam kuali, sapu ayam dengan telur dan salut dengan tepung beras dan goreng ayam hingga masak kekuningan. Ketepikan.
  • Sos: Panaskan kuali dan goreng tepung tanpa minyak hingga keperangan. Masukkan sup ayam, semua sos dan lada hitam, kacau rata dan mendidih.
  • Masukkan bawang dan cendawan, kacau sebati. Tuang atas ayam tadi bila nak makan. Boleh tambah sayur, kentang goreng dan kentang lenyek jika suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN