Donut ni guna kaedah sponge. Ambil masa yg agak lama nak siap tp sgt berbaloi. Ia tetap lembut walaupun dah sejuk.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sponge Donut

Donut ni guna kaedah sponge. Ambil masa yg agak lama nak siap tp sgt berbaloi. Ia tetap lembut walaupun dah sejuk.

BAHAN-BAHAN

  • SPONGE
  • 420 g tepung roti
  • 250 g air (suhu bilik)
  • 5 g instant dry yeast (SAF is the best)
  • DOUGH
  • 180 g tepung
  • 12 g baking powder
  • 6 g instant dry yeast
  • 36 g susu tepung
  • 9 g bread improver
  • 9 g bread softener (optional)
  • 9 g garam
  • 70 g gula
  • 30 g susu segar
  • 48 g air sejuk
  • 72 g butter
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk Sponge : Campurkan semua bahan dan pukul pada kelajuan perlahan selama 3 minit. Kalau pakai tangan cukup dgn gaul2 sebati dan uli sesikit aje. Kemudian biarkan dalam bekas bertutup selama 4 jam.
  • Dough : Masukkan semua bahan2 kering ke dalam mixing bowl kecuali butter.
  • Campur kan air sejuk, susu segar di ikuti oleh sponge. Pukul pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Kalau pakai tangan uli macam biasa la..
  • Tukar kepada medium speed dan uli selama 5 minit.
  • Masukkan butter sedikit demi sedikit dan uli selama 10 minit pada kelajuan sederhana sehingga doh develop. Doh dah cukup develop bila doh terasa lembut dan boleh di regang pada tahap sgt nipis. rujuk gambar. Kalau uli guna tangan pun buat test regangan doh macam ni.
  • Rehatkan selama 10 minit.
  • Canaikan dan terap. Susun atas dulang dan biarkan 30 minit sebelum di goreng.

    Kalau nak buat donut inti, terap guna acuan bulat dan goreng. masukkan inti dlm piping bag, buat sedikit lubang pd donut yang telag di goreng dan picit inti sehingga donut terasa agak penuh.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN