Sepupu karipap tapi intinya kelapa.Kat tempat lain mungkin nama lain.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spera

Sepupu karipap tapi intinya kelapa.Kat tempat lain mungkin nama lain.

BAHAN-BAHAN

  • INTI:
  • 1/2 biji kelapa (diparut)
  • 4-5 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Secekak udang kering (dicuci dan direndam seketika)
  • 1 batang serai
  • Garam dan gula secukupnya.
  • Sedikit kunyit hidup.
  • KULIT:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu majerin
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam dan ais
  • Sedikit air
CARA PENYEDIAAN
  • INTI: Blend semua bahan inti kecuali kelapa parut.
  • Masukkan dalam periuk,masukkan kelapa parut,gaul dan masak hingga kering.
  • Angkat dan biarkan sejuk.
  • KULIT: Gaulkan tepung dengan telur menjadi serbuk roti.
  • Panaskan majerin bersama garam dan tuang dalam tepung.Gaul lagi.
  • Masukkan ais dalam sedikit air.
  • Uli tepung dengan memasukkan air ais sedikit demi sedikit hingga menjadi doh kental.Hentikan air ais jika dah jadi doh.
  • Bahagikan doh kepada dua.Setiap satu dicanai nipis dan digulung.Kemudian dipotong anggaran cukup untuk sebiji spera.
  • Ambil satu potongan dan canai lagi nipis2.
  • Letak atas acuan karipan,bubuh inti dan tutup dengan kuat.
  • Keluarkan dari acuan.Lakukan hingga habis adunan.Gorengkan dengan api yang sederhana hingga kekuningan lalu diangkat.
  • Dah siap dan boleh dimakan apabila dah sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN