Speghetti Olio Aglio

masakan western food.. Di sini den nak perturun kan resipi mudah camane nk wat makanan kegemaran omputih terutama italiano..jom kita ke dapurrrr

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Speghetti Olio Aglio

masakan western food.. Di sini den nak perturun kan resipi mudah camane nk wat makanan kegemaran omputih terutama italiano..jom kita ke dapurrrr

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket – speghetti (yg mcm mee kering tu tp den guna jenama San Remo sbb teksturnya lebih kenyal n cantik)
  • Isi ayam yang dikisar – den guna Ramly ayam kisar
  • kepah – terpulang nk letak banyak mana kepah ni
  • 10 ekor udang besar- sila buang kulit n just tinggalkan ekor jer..(nk bg nampak cantik)
  • 10 ulas bawang putih – di potong dadu
  • cendawan butang @ cendawan shitake – di hiris nipis
  • cili kering – digoreng dengan minyak hingga hitam
  • tepung jagung
  • sos tiram, minyak bijan, garam n perasa (jika mau, terpulang ikut citarasa msg2) – kalau guna cukup rasa, x perlu tambah apa2 dah
  • sedikit butter (dalam 1/4 buku) – den guna SCS butter – sbb lebih sedap
  • bawang besar holland – yg kuning besar tu di hiris bulat2
  • serbuk Italian Herbs – plg penting ni (den guna jenama McCormick – mcm teh tu) dan serbuk lada hitam
  • minyak zaitun -diguna sewaktu menggaul speghetti nanti
CARA PENYEDIAAN
  • Rebuskan speghetti dalam periuk bersama air, sedikit minyak & garam sikit selama lebih kurang 10 minit. kalau nampak dah masak & tekstur kenyal, sila angkat ,siramkan air dan toskan
  • Bahan A
    – Tumiskan bawang besar holland yang dihiris bulat tadi bersama sedikit minyak
    – Masukkan isi ayam kisar dan kacau supaya tidak berketul2
    – Masukkan cendawan n sos tiram
    – Tambah garam sikit jika mahu
    – Serbuk lada hitam (guna ajishio lg sng)
    – Kacau sekejap pastu leh angkat dan ketepikan
  • Bahan B- Gaulkan bawang putih yang dipotong dadu tadi bersama tepung jagung dan goreng sampai kekuningan (jgn lama sangat, takut hangit)
    – goreng cili kering sampai kehitaman
  • Bahan C – di kuali berasingan, suamkan sedikit Butter dan tumiskan udang besar yang telah dibuang kulit kecuali ekor (jangan lama sangat kerana udang x sedap masak lama)
    – Panaskan Butter juga untuk tumiskan mussesl or kepah – pun sekejap dan ketepikan
  • Cara Membuatnya: – Sediakan bekas besar (sbb x perlu di goreng or dimasak atas api dah)

    -Gaulkan Speghetti yang telah ditos kering bersama Bahan A & C

  • Kemudian, masukkan minyak bijan, minyak zaitun (ikut suka), Italian Herbs (byk lg sedap), serbuk lada hitam (sikit) dan garam (ikut citarasa) – gaul rata
  • Masukkan pula Bahan C dan kacau rata
  • Akhir sekali, boleh lah dihidangkan setalah cukup rasenya… Selamat mencuba yea…Speghetti Olia Aglio ala Italy Melayu

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago