Resipi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghetti Wacha!

Resipi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 paket spaghetti
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 1/2 biji cili merah (dipotong jejari)
  • Sedikit isi ayam (dipotong nipis)
  • Sedikit daging (dipotong nipis)
  • Sos tiram, kicap pekat manis, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
  • Minyak
  • Air
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus spaghetti dengan air yang banyak, sedikit minyak dan garam hingga lembut dan toskan.
  • Tumbuk cili padi, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk dan masukkan ayam serta daging. Masukkan sedikit air juga sedikit air.
  • Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap dan serbuk lada hitam. Biarkan kering.
  • Masukkan bawang besar dan cili merah. Biarkan seketika.
  • Masukkan spaghetti.Kacaukan atas api yang kecil hingga masak. Bolehlah ditambahkan garam jika perlu.
  • Taburkan daun sup dan daun bawang untuk hiasan. Sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN