Pelbagaikan rasa spaghetti yang mudah dan cepat nak disediakan..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghetti Udang Ringkas

Pelbagaikan rasa spaghetti yang mudah dan cepat nak disediakan..

BAHAN-BAHAN

  • 200g spaghetti
  • 4 sudu besar minyak zaitun (minyak masak pon okay)
  • 12~15 ekor udang yang dikupas kulit
  • 4 keping cendawan
  • 3 ulas bawang putih diracik halus
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Tomato (jika nak tambah)
  • Serbuk parsley (jika nak tambah)
  • Garam dan sedikit serbuk lada hitam
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus spaghetti dalam air panas yang telah dimasukkan sedikit garam dan 1 sudu minyak (nak bagi tak melekat).
  • Bila spaghetti dah siap dicelur, toskan.
  • Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai wangi.
  • Masukkan udang, gorengkan sebentar. Kemudian masukkan cendawan dan goreng lagi.
  • Masukkan spaghetti, tomato dan sos tomato. Tambah lada hitam dan garam.
  • Bila nak dihidangkan, boleh la ditabur dengan serbuk parsley.
  • Nota: masa rebus spaghetti tu, nak tahu dah cukup masak ke tidak, ambik sedikit spaghetti dan balingkan ke dinding. Kalo melekat kat dinding tu, dah boleh diangkat dan ditoskan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN