Resepi dikongsi dari kawan semasa di Mesir. Terlalu sedap asyik nak tambah je :P
Masa: 45 min.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghetti Nagaresco (White Sauce)

Resepi dikongsi dari kawan semasa di Mesir. Terlalu sedap asyik nak tambah je :P
Masa: 45 min.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 1kg Ayam Fillet(dipotong dadu)
  • 8 ulas Bawang Putih(dipotong dadu kecil-kecil)
  • Bahan B
  • 1 ulas Bawang Besar(dipotong dadu kecil-kecil)
  • 1 tin Cendawan Butang yang siap dihiris. Kalau tidak ada yang dari dalam tin, boleh beli cendawan butang segar(warnanya putih) dan dipotong hiris kasar-kasar.
  • 1 Cube Ayam
  • 340gm Cream
  • 1 kotak besar Susu Segar
  • 1 packet Spaghetti. Saya gunakan jenis Fettucini. (Bentuknya lebih lebar dari spaghetti biasa. Tapi ikutlah selera masing-masing ya)
  • Minyak
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan bahan A. Gorengkan dengan minyak yang sedikit. Ketepikan.
  • Tumiskan bawang besar hingga layu. Masukkan cendawan butang dan gaul rata. Masukkan pula cube ayam dan gaulkan hingga sebati.
  • Masukkan cream dan gaul rata. Kemudian masukkan pula susu segar mengikut selera masing-masing. Kalau suka kuahnya pekat, boleh kurangkan susu segar, kalau cair boleh lebihkan. Saya lebih suka cair sebab kuahnya akan pekat bila kita selalu panaskan nanti.
  • Kecilkan api dan tunggu hingga mendidih. Sementara itu, boleh lah rebuskan spaghetti.
  • Cara merebus spaghetti: Masak air dalam periuk, masukkan sedikit minyak untuk elakkan spaghetti melekat antara satu sama lain dan tambahkan sedikit garam. Setelah air mendidih, genggam setengah paket spaghetti dan patahkan menjadi dua. Bila memasukkan spaghetti ke dalam air, jangan masukkan semua sekali arung, masukkan sedikit-sedikit seperti menaburkannya ke dalam periuk sambil selang selikan spaghetti ke kiri dan ke kanan. Ini juga dapat membantu spaghetti tadi daripada melekat antara satu sama lain. Kemudian tunggu hingga empuk. Untuk memastikan spaghetti empuk, ambil garfu atau sudu, cuba potong sedikit spaghetti. Ia akan masak bila pada pertengahannya jernih. Jika ada warna putih, bererti spaghetti itu blm empuk sepenuhnya dan tunggu lagi 2-3minit. Selepas masak, toskan, sambil dibilas dengan air untuk mengurangkan minyak tadi.
  • Selepas sup Nagaresco tadi mendidih, masukkan pula Ayam Fillet yang sudah di goreng dan gaul rata. Didihkan 3-5 minit dan pastikan dibawahnya tidak melekat.
  • Dah siap! Kalau nak lagi sedap, boleh lah tambahkan Cheese Powder di atasnya dan Chilli Flakes untuk rasa sedikit pedas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN