Western yg telah di-Eastern kan. Alternatif lain kepada mi. =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghetti Meatball Goreng

Western yg telah di-Eastern kan. Alternatif lain kepada mi. =)

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas boleh bubuh lebih)
  • 5 sudu besar sos spaghetti perisa garlic & basil (bawang putih & selasih)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 16 biji bebola daging (saiz kecil)
  • 1 tin cendawan butang (setiap satunya potong 4)
  • 250g spaghetti (setengah peket). Rebus spaghetti dgn 1 liter air & satu sudu teh garam selama lebih kurang 10 minit.
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam & gula secukup rasa
  • Maggi Cukup Rasa
  • 1 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Kisarkan bawang besar & bawang putih.
  • Panaskan minyak & tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  • Tambahkan cili kisar, sos spaghetti, sos cili & sos tomato. Kacau & biarkan seketika.
  • Setelah itu, masukkan bebola daging & biarkan masak seketika. Tambahkan cendawan butang.
  • Tambahkan secawan air, garam, gula, lada hitam & Maggi Cukup Rasa. Biarkan sos sehingga mendidih.
  • Masukkan spaghetti & kacau sebati.
  • Siap untuk dihidang. Selamat mencuba! =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN