Sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghetti Goreng Anakanda Zul

Sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu.

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket spaghetti
  • 1 ikat sayur sawi, dibersihkan dan potong ikut suka
  • 100 gram daging, dipotong nipis
  • 80 gram udang, dibersihkan
  • 80 gram sotong, dipotong bulat
  • 3 biji telur
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap
  • Bawang goreng secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan kisar:
  • 15 tangkai lada kering, direndam dan bersihkan
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
  • Spaghetti direbus mengikut peraturan dipeknya. Angkat dan toskan. Telur digoreng pecah-pecah. Kemudian angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging, sotong dan masak sebentar.
  • Bila daging dan sotong telah empuk, masukkan udang, sos tomato, kicap, garam, serbuk perasa dan gula. Gaul sehingga sebati.
  • Masukkan sayur sawi dan secukup bawang goreng. Masukkan juga telur yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  • Akhir sekali, masukkan spaghetti dan gaul kesemua bahan-bahan sehingga ia sebati. Angkat dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN