pasta italiano resipi kuah sendiri…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghetti Bolognese Liza

pasta italiano resipi kuah sendiri…

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket spaghetti cap San Remo
  • 1/2 tin puri tomato
  • 1 1/2 cawan air
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 1 labu bawang besar – dipotong dadu
  • 1 batang lobak merah – dipotong dadu
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • 400 gram daging @ isi ayam – dicincang kasar
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1/2 tin cendawan butang dalam tin – dibelah dua
  • garam secukup rasa
  • *opsyenal*
  • keju Parmesan parut
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan air bercampur sedikit minyak masak dan 3 sudu makan garam…Apabila mendidih, masukkan spaghetti dan kecilkan api…Tutup periuk…Apabila spaghetti menjadi ‘al dente’, toskan spaghetti…Ketepikan…
  • Untuk kuah:
    Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah bersama cili merah…Masukkan puri tomato dan air…Kemudian, masukkan lobak merah dan daging @isi ayam…

  • Masukkan sos cili dan sos tomato…Kecilkan api…Apabila lobak merah agak empuk, masukkan cendawan butang, bawang besar dan tomato…
  • Bubuh garam secukup rasa…Sedia dihidangkan bersama spaghetti tadi :P

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN