masakan italy yang disesuaikan cara buatnya mengikut citarasa orang melayu dan beragama Islam. mengambil masa lebih kurang 45 minit

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

spaghetti bolognese dengan bebola daging

masakan italy yang disesuaikan cara buatnya mengikut citarasa orang melayu dan beragama Islam. mengambil masa lebih kurang 45 minit

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket spahetti
    kuah merah :
    3 ulas bawang putih
    1 labu bawang besar
    2 sudu besar minyak masak
    1 tin tomato puree
    1 tin cendawan butang
    2 biji buah tomato
    1 paket daging cincang 400gm
    2 sudu teh mixed herb/italian herb (ade dijual antaranya jenama mcco
  • kuah putih :
    2 sudu besar mentega
    2 sudu besar gandum
    200ml susu fullcrean
    1/2 sudu teh garam
    3 keping cheese
  • 400gm daging cincang
    5 keping roti sanwich
    200ml susu
    2 sudu besar lada hitam yg ditumbuk
    3 ulas bawang putih
    3 sudu besar miyak masak.
    100gm gandum(1 mangkuk)
    garam secukup rasa
  • kubis , lobak merah, epal fuji dan mayonis
CARA PENYEDIAAN
  • rebus spahetti dan toskan
  • untuk kuah merah :
    cincang 3 ulas bawang putih dan 1 labu bawang besar dan tumis menggunakan minyak masak. tambah mixed herb/italian herb dan kacau sebentar. potong dadu tomato dan tumis bersama. seterusnya masukkan tomato puree. kemudian masukkan 1 paket daging cincang (400gm)reneh sebentar tambah garam dan gula(pilihan) akhir skali masukkan cendawan butang yang telah dipotong
  • untuk kuah putih :

    cairkan mentega dan masukkan 2 sudu tepung gandum.. kacau rata. kemudian panaskan separuh botol susu full cream (200ml)di atas dapur. bila mendidih, masukkan doh td (tepung+mentega). jika terlalu pekat anda boleh campurkan sedikit air. akhir skali masukkan cheese dan sedikit garam

  • untuk bebola daging :
    carikkan 5 keping roti sanwich menjadi kecil2, lebih kurang 2cm persegi dan letakkan dalam mangkuk. kemudian tuangkan separuh botol susu full cream(200ml). biarkan kembang. sementara itu, tumbuk lada hitam dan gaulkan bersama parsley cincang dan 400gm daging cincang di dalam 1 bekas. setelah roti kembang, amil roti(elakkan dari ambil susu bersama tetapi jangan perah roti) gaul bersama daging dan tambah garam secukup rasa. jadikan bentuk bebola kemudian golek dalam mangkuk gandum. pinggan yang digunakan untuk menyusun bebola juga hendaklah ditabur gandum bagi mengelakkan bebola melekit pada pinggan. setelah selesai, panaskan minyak (lebih kurang 3 sudu besar)dan tumis 3 ulas bawang putih. kemudian masukkan bebola daging anda untuk di goreng.
  • untuk coleslaw : kubis dipoting nipis-nipis. begitu juga lobak merah. epal fuji dipotong dadu. anda juga boleh menambah honey dew(juga dipotong dadu) kemuadian gaul bersama mayonis

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN