resepi mudah tuk yang belum berapa pandai kedapor..khas tuk yg bujang2 macam pakcik

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghethi cabonara dan soa prego

resepi mudah tuk yang belum berapa pandai kedapor..khas tuk yg bujang2 macam pakcik

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket spaghethi-direbus dalam air mendidih 6 minit dan tuskan.
  • 1 tin sos cendawan cabonara(tin kecik)
  • 1/2 botol sos prego traditional resepi
  • 1 bungkus daging hancur jenama Ramly
  • 2 bijik bawang kuning(holand)- dihiris nipis2 bulat
  • 3 ulas bawang putih – hancurkan
  • 2 sudu butter-untuk menumis/planta pun bolih(tapi guna minyak tak klass la)
  • 3 sudu sos chili
  • Serbok lada hitam-renjis2 sedikit jer
  • 4 bijik telor ayam
  • 1/2 liter susu uht atau krim dalam kotak(krim mahal guna susu je lah)
  • Sebarang cheese-tabur atau gaul last bila masak-kalau takde pun tak apa
  • 3 sudu tepong gandum untuk memekat kuah
  • 500ml air atau 2 gelas air
  • (kalau suka nak letak sayur2 takde hal..pakcik tak bubuh sbb anak pakcik cerewet-pakcik yg kena makan so pakcik tak bubuh)
  • (tak perlu garam atau apa2 serbuk perasa…nanti kalau masin nyesal)
CARA PENYEDIAAN
  • Bismillah, mula2 rebus spaghethi ikut cara2nya. Tumis bawang putih dan bawang holand sampai naik bau dengan butter. Masukan daging hancur cap Ramly (carik2kan) kacau sampai masak.
  • Kemudian bubuh tepong dan gaul….tuang air sedikit, kacau…masukan susu, sos cendawan cabonara dan sos prego…dan sos cili dan air selebihnya.
  • Bagi ia menggelegak, boh lada hitam…pecahkan telor kedalam tapi jgn kacau nanti telor tu hancur tak best.
  • Dan sekarang baru tuang spagheti kedalam dan gaul…..memang pada mulanya ia nampak berkuah macam mee kuah tapi percayalah cakap pakcik, tak sampai 10 minit ia akan pekat likat melekat lemak berkrim spoon licking good…..
  • Tabur cheese jika ada atau jika anda suka….kalau nak bubuh sayur2 seperti celery yg besar2 tu pun ok…atau apa2 saja sayur yg anda suka….makan taim masih panas…pasti melekit lekit mulut anda ……sediakan tisu…jgn jadi macam pakcik lap kat baju…huh tak senonoh!
  • Simple jer menyediakannya…15minit siap memasak..tapi kalau campur nak beli barang kupas bawang dll mau amik masa 3jam…..ok selamat mencuba dan selamat beramal…..assalamualaikom,kite jumpoa dilain rancangan…joooooommm masak sampai pengsan!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN