Tidak perlu sos preego.. cuma sediakan sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SPAGETTI

Tidak perlu sos preego.. cuma sediakan sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket — Spagetti {direbus dengan sedikit minyak hingga lembut dan tos}
  • 1 biji — Bawang besar {dikisar}
  • 2 ulas — Bawang putih {dikisar}
  • 2 biji — Buah tomato {dikisar}
  • 3 sudu besar — Cili kisar
  • 1 sudu besar — Sos tomato
  • 1 sudu kecil — Serbuk oregano
  • 1 ketul — Isi ayam @ daging {kisar dan jadikan bebola}
  • 3 batang — sosej {dipotong nipis}
  • Garam, gula dan perasa
  • Air
  • 1 biji — Buah tomato {potong dadu}
  • 1 biji — Lada bengala {potong dadu}
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili kisar, sos tomato dan tomato kisar, tumis hingga pecah minyak sedikit.
  • Masukkan air, bebola, sosej, serbuk oregano, buah tomato, lada bengala, garam, gula dan perasa.
    Masak hingga kuah pekat. Hidang dengan spagetti.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN