Pernah makan sekali..pastu tu cuba le godek2 sendiri..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sotong sumbat tauhu masak lemak

Pernah makan sekali..pastu tu cuba le godek2 sendiri..

BAHAN-BAHAN

  • 8 ekor sotong sederhana besar
  • 1 biji kelapa – perah dengan 1 1/2 mangkuk air
  • * 10 biji cili kering + 5 biji cili api
  • * 5 ulas bawang merah
  • 1 biji buah keras – tumbuk hancur
  • 2 batang serai – ketuk
  • 2 ketul tauhu
  • ** 1 biji telur
  • ** 2 ulas bawang merah – hancurkan
  • ** 1 sb tepung jagung
  • ** 2 sk garam
  • 1 keping asam keping
  • ** 1 sk lada sulah
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 8 batang pencukil gigi
  • 1sk serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan sotong.
  • Hancurkan tauhu, gaul dengan bahan yg bertanda **.
  • sumbatkan bahan 2 ke dalam sotong – masukkan semula janggut sotong dan cucuk dgn pencungkil gigi supaya isi tak terkeluar.
  • Kuah : Blend bahan * dgn sedikit santan. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama baki santan, buah keras & serai. Masak dengan api sederhana – kacau selalu supaya tak pecah minyak & berketul.
  • Bila mula mendidih, masukkan sotong – sambil timbuk kuah perlahan.
  • Masukkkan kiub ayam, asam keping & garam secukup rasa.
  • Bila dah masak, boleh la di buang pencungkil gigi tu..siap utk dihidangkan..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN