Bagaimana cara nak masak Sotong Goreng Lada Hitam?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sotong Goreng Lada Hitam
Bagaimana cara nak masak Sotong Goreng Lada Hitam?
BAHAN-BAHAN
- 300 g sotong
- 3 biji bawang merah (Dihiris)
- 2 ulas bawang putih (Dihiris)
- 1 biji cili merah (Dihiris)
- 3 sudu makan sos lada hitam
- 1 labu bawang besar (Dipotong gelang)
- 1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk)
- 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
- Garam (Sekiranya perlu)
- Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Basuh sotong kemudian tuskan. Potong sotong kecil-kecil.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
- Masukkan sotong, sos lada hitam, bawang besar, dan lada hitam.
- Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
- Tutup api dan taburkan daun bawang. Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.