Resepi Sendiri – Masakan Cara Mudah, Cepat dan Sedap
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sotong Bakar Romantik Bercili dgn Taburan Lada Hitam dan Serbuk Bawang Putih
Resepi Sendiri – Masakan Cara Mudah, Cepat dan Sedap
BAHAN-BAHAN
- 1. 3 Ekor Sotong Basah (Besar) dibuang kulitnya
- 2. 1sb Pes Cili Giling/Blender
- 3. 3sb Kicap Manis
- 4. 1/2 kiub pati ikan bilis (aku guna Knorr)
CARA PENYEDIAAN
- 1. Kelarkan sotong tapi jangan putus
(Cara paling mudah, masukkan pisau besar dalam sotong dan ambil satu lagi pisau dan kelar keatas pisau tadi. Hasilnya akan jadi kelaran yang cantik dan tidak putus) - 2. Campurkan kesemua bahan2 bersama sotong kemudian bakar diatas tempat pembakar… (Boleh gunakan grill pan / cooking pan)
- 3. Masak/bakar lebih kurang seminit setiap bahagian.
- 4. Selepas masak angkat dan taburkan dengan lada hitam dan serbuk bawang putih.
- 5. Hiaskan dengan taburan daun bawang sperti digambar untuk lebih romantik. Hehehehe… kemudian hidangkan pada suami atau isteri.. mesti akan tambah sayang… Makan ngan nasi panas atau ratah sahaja. Boleh juga dicicah dengan sos kicap pedas…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.