Kebanyakan kita mesti fikir susahnya nak buat Soto kan. Ha tok ada cara mudah dan senang buat soto yg tak de nak pening2 kepala. Even dua tiga bahan takde pun insyaALLAH Soto masih sedap.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Soto Ayam Jawa Tok Ketom
Kebanyakan kita mesti fikir susahnya nak buat Soto kan. Ha tok ada cara mudah dan senang buat soto yg tak de nak pening2 kepala. Even dua tiga bahan takde pun insyaALLAH Soto masih sedap.
BAHAN-BAHAN
- BAHAN TUMISAN
- * 3 batang serai dititik / kayu manis / bunga lawang / bunga cengkih / buah pelaga / jintan manis / jintan putih / ketumbar (semua bahan2 ni adalah alternatif jika salah satu bahan2 penumis ni tiada pon tak mengapa, kdg2 kat kL ssh nak cari betul tak?)
- BAHAN KISAR
- 5 biji bawang merah / 5 biji bawang putih / kunyit hidup sebesar ibu jari / sedikit lengkuas / halia sebesar ibu jari
- BAHAN ASAS
- 1. Ayam carik (selepas direbus & digoreng)
- 2. Ketupat segera
- 3. Bawang Goreng
- 4. Taugeh disiram air panas
- 5. Kacang Goreng
- 6. Sambal kicap ( kicap manis, gula, bawang putih, cili padi diblender )
- 7. Begedil (Rujuk Resepi Begedil Tok yg senang nanti Tok Tuliskan ye)
- Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
- Rebuskan ayam ke dalam ukuran 4/5 mangkuk air (Rebus dalam kira-kira 10 minit je takpe)
- Selepas ayam Empuk asingkan ayam daripada air rebusan tadi.
* Jangan buang air rebusan ayam ~ berguna untuk sup - Ayam yang dah ditoskan tadi disadur dgn kunyit dan sedikit garam & digoreng. Biarkan sejuk untuk tujuan mencarik. (Tulang ayam jgn dibuang tapi disimpan untuk dimasukkan dalam sup pula)
- Tumiskan bahan tumisan / batang serai & bahan kisar didalam 1 sudu makan minyak (jgn byk2 minyak) jaga kesihatan, kalau nak sihat pakai minyak zaitun. Sehingga Naik bau Masukkan tulang tulang ayam & rebusan ayam serta sup BunJut. Setelah menggelagak masuukan garam & Gula kemudian rasa..
Tadaaaa…dah siap - Setelah siap semua proses.
potong ketupat dan letakkan bahan-bahan hiasan seperti bawang goreng & kacang
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.