Asalnya resepi Mat Gebu..ditambah/kurangkan sedikit bhn2 mengikut selera..tq taiko!!~
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Soto Ayam Bergedel Daging..
Asalnya resepi Mat Gebu..ditambah/kurangkan sedikit bhn2 mengikut selera..tq taiko!!~
BAHAN-BAHAN
- Utk kuah soto : 3 – 4 ketul ayam (tak kisah la dada atau paha) ,4 ketul dada ayam | perap dgn kunyit, garam dan halia 1/2 jam ,2 batang serai | dititik ,1 inci lengkuas | dititik, 2 camca besar rempah sup “ADABI” ,1 1/2 camca besar rempah kurma “ADABI”, 1
- Utk tumis (dikisar halus) : 1 labu bawang besar, 4 ulas bawang merah, 3 biji bawang putih, 2 inci halia, 1 camca teh lada hitam, biji 4 biji buah keras, 1 inci kunyit hidup
- Utk lada kicap : 10 biji cili padi,
2 biji bawang putih,
1 cawan kicap manis, - Bahan2 lain : Nasi himpit, Tauhu | goreng n hiris, Suun goreng | jgn cuci, terus goreng guna minyak panas, Taugeh | dicelur sekejap, Bawang Goreng, Daun Sup atau bawang, Bergedel, Kacang tanah | digoreng, Telur rebus, Cili merah.
CARA PENYEDIAAN
- Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak. Masukkan rempah tumis (*) dan goreng hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga terbit minyak. Masukkan rempah sup, rempah kurma, sedikit air dan kacau hingga rata. Masak guna api sederhana.
- Kemudian masukkan ayam, serai lengkuas. Kacau hingga rata. Tuang air anggaran 2 – 3 liter. Masukkan 1 camca teh garam dan masak dengan api sederhana. Biar merenih hingga 45 min – 1 jam (tambah air jika kurang).
- Dada ayam yg diperap tadi, goreng hingga masak, angkat, toskan dan bila sejuk boleh dicarik2 halus. Ketepikan.
- Penyediaan Soto : Dalam mangkuk, masukkan nasi himpit n taugeh. Tuang kuah soto hingga 3/4 penuh. Bubuh kacang goreng, tauhu, bergedel, suun, bawang goreng, daun sup/bawang, telur rebus dan hirisan cili merah.
- Untuk lada kicap : Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. Masukkan kicap manis dan gaul rata. Pastu boleh dimasukkan dalam soto (jika suka)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.