Resepi dari kakak ipar yang pernah duduk US..sedap di makan dengan chicken chop, kentang goreng, nugget, bebola.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)

Resepi dari kakak ipar yang pernah duduk US..sedap di makan dengan chicken chop, kentang goreng, nugget, bebola.

BAHAN-BAHAN

  • 2 sudu mentega
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • Sebiji bawang besar (potong dadu)
  • Sebiji tomato (potong dadu)
  • Seketul kiub ayam Knors
  • 2 cawan air
  • Sedikit kicap pekat
  • Sedikit sos cili/sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • Tepung jagung (jika perlu)
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan mentega dengan api kecil.
  • Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
  • Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  • Masukkan kiub ayam dan kacau.
  • Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  • Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN, jangan sampai hitam sangat, agak-agak kecoklatan dah cukup. Nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  • Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
  • Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  • Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  • Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap..

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending